
|
Part 1:There's Is A Love
Saturday, 2 June 2012 @ Saturday, June 02, 2012 | 0 Beautiful [s]
"Purata gred bagi UPSR tahun ini meningkat.Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar"ibu bapa dan guru-guru yang hadir yang datang memberi sokongan dan tepukan gemuruh kepada semua pelajar Sekolah Kebangsaan Miley yang terletak di Sri Bangsar.Nama pertama yang disebut ialah "Nur Nabilah bt Hashim,"Erina turut memberikan tepukan gemuruh kepadanya.Kini,satu persatu nama yang memdapat keputusan cemerlang 5A disebut. Nur Erina Nabila binti Jamil adalah seorang murid yang cantik,manja,pandai dan comel orangnya.Dia merupakan penolong ketua pengawas di SKM.Dia juga disukai kawan-kawannya dan semua guru. Senyum di bibirnya semakin lama semakin hilang kerana bimbang namanya tiada dalam senarai pelajar 5A.Semua rakannya sudah dipanggil.Tetapi,mana nama Erina?Takkan Erina tak dapat pelajar cemerlang kot?Erina menangis kerana terlalu takut untuk mendapat keputusan. "Nur Erina Nabila bt Jamil.Tahniah kepadanya.Beliau merupakan penolong ketua pengawas di sekolah ini,"panggil pengacara majlis.Erina terkejut dan tidak sedar bahawa namanya telah dipanggil untuk naik ke ats pentas. Erina terus memeluk ibunya iaitu, Puan Sofiyya.Erina berasa bersyukur dan tenang apabila sudah mendapat keputusan UPSR. Puan Sofiyya sangat berbangga mempunyai anak seperti Erina yang baik,sopan dan menghormati ibu bapanya.Bapanya tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. --------------------------------------- Erina pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira dan bersyukur.Malam ini ayahnya akan belanjanya makan malam di restoran yang diminati oleh Erina. Erina tidak sangka,akhirnya namanya disebut.Alhamdullilah.Erina duduk di dalam biliknya dan memilih baju yang akan dipakai untuk keluar makan bersama keluarganya. Pukul 830malam,Erina dan keluarganya telah tiba di restorang tersebut.Dia memesan Chicken Chop dan Jus Apple untuk makan malamnya. "Adik nak masuk asrama tak?"tanya ayahnya yang memulakan suasana. "Hmm,taktau lah.Tapi,adik taknak masuk asrama.Kalau sekolah Aminuddin Baki pun jadilah,"kata Erina sambil tersenyum. Puan Sofiyya pula menyampuk,"Kalau nak masuk asrama,pilih yang dekat-dekat sudahlah.Boleh,mak jenguk adik,tiap-tiap minggu.Adik nak masuk MRSM tak?Tadi,mak dah ambikkan nombor pin dekat pejabat MARA," Erina buntu.Dia taktau nak pilih tinggal di asrama atau tidak.Tetapi,dia tak boleh tinggalkan alam cybernya iaitu Facebook,Twitter dan Blogger.Macam mana nak buat ni?!Jeritnya dalam hati. "Adik pilihlah sekolah Sri Putri tu.Sekolah tu bagus adik,"kakaknya pula menyokongnya supaya masuk asrama. "Tapi,kalau adik duduk asrama,dah tak bolehlah nak online dengan jumpa kawan-kawan,"sedih pula Erina. Ayahnya pula berbicara,"Pergi ajelah,bukan jauh pun.Ayah dengar MRSM Langkawi tu pun bagus je.Nanti pilih MRSM tulah,1st choice," Berat hatinya nak tinggalkan mak dan ayahnya.Kalau dia tiada,tak cerialah rumah tu nanti.Macam mana dengan laman web cyber lagi,lagi-lagi Kpop.Katanya dalam hati. Makanan juga sudah sampai.Mereka menjamu selera mereka dengan selera kecuali Erina kerana memikirkan hal tersebut. --------------------------------------- Erina duduk di atas katil dan merenung surat yang tertulis nombor pin di situ.'Macam mana kalau aku dapat?Maknanya aku kena pergi lah kan?Aku taknak pergi.Nanti,kawan baik aku macam mana?'pelbagai soalan yang terdapat di mindanya. Dia menangis di atas katinya kerana dia taknak tinggal di asrama.Malam semakin larut,akhirnya dia tertidur juga di situ dengan hati yang gelisah.
|
The Disclaimer ![]() underlined, bold blockqoute
Navigations! Let's Talk!
![]() URL Blog not email!! Link correctly Be nice ! No harsh words
The Credits! |